Mengenai NH Vege F'bre Plus l Soal & Jawab l Siaran Media

Page 1 l 2

 

Mengenai NH Vege F’bre Plus

NH Vege F’bre Plus adalah minuman berkhasiat yang berserat tinggi, dirumus khas untuk Asian yang mempunyai gaya hidup yang sibuk, tabiat pemakanan tidak seimbang dan mempunyai masalah berat badan. Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi, ia mengandungi serat larut dan tak larut yang membantu pergerakan usus dengan lancar dan ia juga kaya dengan nutrien-nutrien daripada tumbuhan hijau untuk kesihatan badan. NH Vege F’bre Plus juga sesuai untuk anda yang ingin melangsingkan tubuh. Ia membantu menurunkan berat berat dengan menyingkirkan toksin daripada badan, meningkatkan kadar metabolik dan menghalang penyerapan karbohidrat, lemak dan kalori yang berlebihan.

 

Bagaimana NH Vege F’bre Plus berfungsi?

NH Vege F’bre Plus membantu anda dalam 4 FASA

 

1
Menyekat

NH Vege F’bre Plus adalah satu-satunya minuman serat yang menghalang badan menyerap karbohidrat, lemak dan kalori yang berlebihan dalam makanan harian. Ia menurunkan berat badan dengan menyekat penyerapan lemak berlebihan dan menghalang karbohidrat bertukar kepada sel lemak. Anda dapat mengekalkan berat badan yang ideal dengan mudah melalui pengambilan NH Vege F’bre Plus setiap hari!

 
2
Menyingkirkan

Toksin berlebihan yang kita alami membebankan sistem detoksifikasi dan penghadaman badan. Jika toksin tidak disingkirkan dengan kerap, ia boleh kembali ke badan melalui saluran darah dan menjejaskan kesihatan. NH Vege F’bre Plus membantu anda mempertingkatkan kesihatan gastrointestinal, melegakan sembelit serta menyingkirkan sisa, toksin dan lemak berlebihan daripada badan. Setelah sisa dan toksin disingkirkan, penyerapan nutrien oleh usus lebih efektif dan kecergasan badan dapat dipertingkatkan.

 
3
Mengimbangi

Tabiat pemakanan yang lebih gemarkan pengambilan daging dan makanan diproses, ditambah pula pengambilan minimum sayur-sayuran boleh menyebabkan ketidakseimbangan nisbah asid dan alkali dalam badan. Sel-sel tubuh tidak dapat berfungsi dengan sempurna dalam keadaan asid, menyebabkan kelesuan. NH Vege F’bre Plus mengimbangi pH badan agar badan anda dapat berfungsi secara optimum selain menguatkan sistem ketahanan badan.

 
4
Membekalkan

NH Vege F’bre Plus kaya dengan nutrien dan mineral tumbuhan hijau. Ia amat sesuai untuk mereka yang kurang mengambil sayur-sayuran atau lebih sukakan daging dalam pemakanan harian bagi mendapatkan nutrien dan mineral tumbuhan hijau. Aktiviti antioksidannya yang tinggi memberi perlindungan kepada sel-sel badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas dan meningkatkan kesihatan kulit anda.