Mengenai NH Vege F'bre Plus l Soal & Jawab l Siaran Media

Soal & Jawab

1
Apakah keistimewaan NH Vege F’bre Plus yang membuatnya berbeza dengan suplemen fiber lain di pasaran?

NH Vege F’bre Plus diperbuat daripada 100% bahan semulajadi. Ia tidak sama produk fiber lain yang hanya membantu membuang air besar setiap hari. Ia dapat mengembalikan sistem badan yang optimum dengan detoksifikasi dan menyingkirkan toksin daripada badan. Selain itu, ia membekalkan nutrien-nutrien penting untuk kesihatan badan dan membantu melangsingkan badan secara semulajadi dengan meningkatkan kadar metabolik dan menghalang penyerapan kalori berlebihan.

2
Siapakah paling memerlukan NH Vege F’bre Plus?

Sesiapa yang mengalami sembelit kronik,mengamalkan gaya hidup tidak aktif, mempunyai tabiat pemakanan kurang sihat dan tidak seimbang amat memerlukan NH Vege F’bre Plus. Gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat akan mengakibatkan toksin terkumpul dalam badan, justeru sistem badan berfungsi dengan perlahan.

3
Apakah tindakbalas badan yang biasa berlaku selepas minum NH Vege F’bre Plus?

Tindakbalas badan yang paling biasa berlaku selepas minum NH Vege F’bre Plus adalah bahan kumuhan yang berwarna hijau gelap. Ini adalah normal dan ianya disebabkan oleh pigmentasi hijau daripada klorofil.

4
Bolehkah NH Vege F’bre Plus diambil bersama dengan suplemen atau ubat lain?

Fiber mungkin boleh mengganggu penyerapan suplemen atau ubat lain, anda dinasihatkan mengambil NH Vege F’bre Plus sekurang-kurangnya dua jam sebelum atau selepas mengambil suplemen atau ubat lain.

5
Adakah NH Vege F’bre Plus selamat untuk pengambilan harian?

Ya, NH Vege F’bre Plus diperbuat daripada 100% bahan semulajadi, maka ia adalah selamat sebagai minuman harian tanpa sebarang kesan sampingan.

6
Dapatkah NH Vege F’bre Plus membantu dalam pelangsingan?

Ya. NH Vege F’bre Plus membantu melangsingkan badan dengan menyingkirkan toksin daripada badan dan menyekat badan daripada menyerap karbohidrat, lemak dan kalori yang berlebihan. Ia juga membantu melembutkan lemak degil dalam badan secara perlahan dan menyingkirkannya daripada tubuh. Selain itu, peningkatan kadar metabolik juga merupakan faktor penting pelangsingan. Oleh itu, dengan mengamalkan diet dan senaman, anda boleh melangsingkan badan dengan mudah!